NasionalNegeri

Wanita warga emas cedera digigit buaya sewaktu menangkap udang galah

SEORANG wanita warga emas hampir menjadi ‘hidangan’ sang buaya apabila dia cedera digigit seekor buaya sewaktu menangkap udang galah di Sungai Timun, Lubok Cina, Negeri Sembilan, kelmarin, 4 September.

Mangsa dikenali sebagai Nurkaisa Ausad, 65, dari Lubok Cina, cedera di bahagian pergelangan kaki kanan dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Sup Arshad Abu berkata, polis telah menerima aduan daripada anak mangsa Muhammad Omar, 24, memaklumkan kawan ibunya menghubunginya menerusi telefon bimbit memberitahu ibunya telah digigit seekor buaya sewaktu menangkap udang galah.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.00 petang sewaktu mangsa sedang menangkap udang galah bersama beberapa nelayan lain.

“Semasa mangsa turun ke sungai tidak jauh dari perahu yang dinaiki, ketika hendak serkap udang galah secara tiba-tiba mangsa digigit seekor buaya.

“Mangsa meronta-ronta dan berjaya melepaskan kakinya daripada gigitan buaya itu. Semasa cuba menyelamatkan diri, kepala mangsa terhantuk pada bucu perahu dan cedera,” kata Arshad dalam satu kenyataan, hari ini.

Arshad berkata, beberapa rakan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian segera membantu menyelamatkan mangsa dan membawanya ke daratan. Mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan kes dirujuk kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya. – SM

BACA Musim tengkujuh buaya keluar dari habitat, hati-hati

BACA Nasib malang nelayan warga emas dibaham buaya

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button