BanjirBencana alamNasional

PM arah J/K Pengurusan Bencana Pusat dan Negeri lipatganda usaha

Agihan BWI RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah mangsa banjir

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dan Negeri serta semua agensi terlibat mesti melipatgandakan segala usaha dan kerja-kerja menyelamat serta membantu mangsa banjir di semua tempat terjejas.

Beliau berkata, petang semalam, beliau telah mengarahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk mengoperasikan pam air mudah alih di Taman Sri Muda, Shah Alam untuk mengepam keluar air genang ke Sungai Klang.

“Bermula jam 2.30 pagi tadi sebanyak 21 buah pam air sudah beroperasi di Taman Sri Muda yang terjejas teruk akibat banjir.

“Penekanan juga dibuat bahawa segala tindakan respons bencana perlu digerakkan segera oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dengan dibantu oleh jawatankuasa yang sama di peringkat negeri,” katanya sambil menambah, ketetapan ini sudah ada dalam prosedur operasi standard (SOP) bencana.

Perdana Menteri turut merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri yang merupakan barisan hadapan dalam menangani bencana banjir.


Terdahulu, Ismail Sabri mendapatkan perkembangan terkini situasi banjir daripada para menteri besar, ketua-ketua menteri serta wakil kementerian yang terlibat.

Hasil taklimat dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, beliau menerima laporan terkini situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.

Selain perkembangan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS), Perdana Menteri turut menegaskan terhadap langkah-langkah pemulihan pasca-banjir yang perlu dilakukan bagi membantu penduduk.

Ini termasuk membaik pulih infrastruktur awam seperti penyelenggaraan sistem saliran, pembersihan rumah penduduk serta senarai nama mangsa banjir yang terjejas bagi pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button