fbpx


Politik

BN Akan Membantu Dan Menyokong Dasar Baru Yang Bakal Diperkenalkan PM-8 – Ahmad Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan memberi komitmen bagi membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugas baharunya sebagai perdana menteri.

Jelas beliau, BN juga akan menyokong dasar baharu yang bakal diperkenalkan Ahli Parlimen Pagoh itu demi kepentingan rakyat Malaysia.

“Episod dan babak awan hitam telah pun berlalu dan langit kembali cerah. Insya-Allah kita parti-parti komponen dalam BN akan memberikan dokongan dan sokongan terhadap dasar-dasar baru Tan Sri Muhyiddin.

“Kita akan membantu sedaya upaya mungkin bagi menentukan bahawa rakyat benar-benar diutamakan, rakyat harus dibela semula, penganiayaan terhadap rakyat, bantuan kepada rakyat harus dikembalikan semula,” ujar beliau kepada pemberita di luar Pintu 2, Istana Negara hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid bersama-sama ahli-ahli parlimen daripada Perikatan Nasional telah mengiring Muhyiddin dalam Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri Ke-8 di Balairong Seri, Istana Negara, yang bermula jam 10.30 pagi tadi.


Semalam, Istana Negara menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat.

Ia proses lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.

Istana Negara kemudiannya menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri sekaligus melenyapkan kemelut politik yang berlaku sejak minggu lepas.

Show More

Related Articles

Back to top button