Politik

Hadi pertahan Parlimen Marang

KOTA BHARU: Pas mengesahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan mempertahan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

itu disahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Saya tidak tahupun desas-desus yang mengatakan beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Saya boleh mengesahkan di sini bahawa beliau akan pertahankan kerusinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Presiden Pas itu tidak akan bertanding pada PRU15.

Pada PRU14, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan meraih 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat.

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button