Politik
Trending

Pembangkang tak gembira bantuan kerajaan kepada rakyat

ENTAH kenapa bantuan menerusi pakej rangsangan ekonomi daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dipersoal pembangkang.

Dalam situasi negara sedang kritikal dari sudut ekonomi dan kesihatan dalam berhadapan pandemik Koronavirus (Covid-19), pembangkang pula terus melaung ‘demokrasi berparlimen’.

BACA > Talian hayat DAP, PH pada Tun M — Suara Merdeka

Tindakan bantuan bernilai hampir RM300 bilion menerusi pakej rangsangan ekonomi diumumkan karajaan dipertikai hanya kerana tidak melalui parlimen.

Sedangkan yang berlaku adalah rakyat gembira dengan pemberian menerusi tawaran pelbagai pakej.

Tetapi mereka seolah-olah tidak kisah. Malah kelihatan tidak gembira kerana bukan Pakatan Harapan (PH) yang mengumumkannya.

Berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan karim, pemberian bantuan kerajaan itu boleh dianggap sebagai tidak sah.

Menurutnya, Muhyiddin perlu mematuhi prosedur Parlimen dan perbelanjaan RM295 bilion perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat.

“Malaysia sebuah negara yang bergerak atas lunas kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

“Tujuan yang baik sekalipun tidak dianggap sah sekiranya cara digunakan adalah salah. Ringkasnya, tujuan tidak menghalalkan cara,” katanya dalam Facebook semalam.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Muhyiddin yang mengumumkan pakej khas menyuntik sejumlah dana bagi menstabilkan ekonomi negara.

BACA > MB NS kemuka 17 fakta Anwar menteri kewangan terbaik Malaysia — Suara Merdeka
BACA > Implikasi lantikan politik di GLC — Suara Merdeka

Pakej rangsangan ekonomi pertama diumumkan Tun Dr Mahathir pada Februari lalu bernilai RM20 bilion sebagai tindakan awal tangani kesan pandemik Covid-19.

Namun, negara terpaksa menghentikan seketika operasi ekonomi dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas pandemik menular teruk di negara ini.

Perintah itu dilaksanakan Muhyiddin selepas mengambil alih pentadbiran negara yang kemudiannya mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Kali kedua pakej rangsangan ekonomi diumumkan apabila, bantuan khas kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bernilai RM10 bilion.

Kemudian, RM35 bilion diumumkan oleh Muhyiddin sebagai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Hassan bagaimanapun tidak menafikan bantuan yang diberikan adalah baik untuk rakyat.

Menurutnya, walaupun tidak melalui Parlimen dan dibahaskan, bantuan tersebut hakikatnya baik untuk negara dan rakyat.

“Semua usaha Pakej Rangsangan Ekonomi dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara ini yang kesemuanya menelan belanja sebanyak RM295 bilion adalah usaha yang baik untuk negara dan rakyat.

BACA > PKPB sambung atau tidak, tunggu PM umum hari Ini — Suara Merdeka
BACA > KKM bayang PKP, PKPB akan ditarik balik — Suara Merdeka

“Hakikat ini tidak dinafikan. Tujuannya baik,” ujarnya. – SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button