MahkamahNasional

Perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi ditangguh esok, perlu hadir mesyuarat Jemaah Menteri

PERBICARAAN rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi hari ini akan disambung esok.

Peguam Hisyam Teh memberitahu Timbalan Perdana Menteri itu perlu menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

“Mahkamah membenarkan (perbicaraan) hari ini ditangguhkan dan kita sambung esok,” katanya.

Bekas Setiausaha Zahid, Rosiah Osman akan meneruskan keterangannya di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Zahid dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi serta menerima rasuah berhubung pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Sebanyak 12 tuduhan membabitkan pecah amanah, lapan bagi rasuah dan baki untuk pengubahan wang.

Pada Januari dan Februari lalu, Zahid menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan tuduhan itu.

Tetapi mahkamah diberitahu semalam, pendakwaan masih mempertimbangkan representasi itu.

Pasukan pembelaan kemudian memanggil saksi untuk memberi keterangan. – SM

BACA Kes perbicaraan Zahid Hamidi ditangguh ke tahun depan

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button