Nasional

Agong ziarah pusara Almarhum ayahanda

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menziarahi pusara Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah di Makam Diraja Pekan, Pahang.

Turut mengiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut berangkat Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Foto: FB Istana Negara

Sebelum itu Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS Kuantan.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Foto: FB Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong turut menjadi tumpuan rakyat jelata hari ini apabila beberapa portal berita melaporkan Kerajaan ingin mendapatkan perkenanan Al-Sultan Abdullah bagi pengisytiharan darurat pandemik Covid-19 yang penularannya memasuki gelombang ketiga.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan bergegas ke Kuatan, Pahang selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya pagi tadi.

Foto: FB Istana Negara

Dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila Mesyuarat Khas Kabinet dihadiri oleh ketua agensi kerajaan yang merupakan sebahagian dariapda Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mereka adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Muhyiddin Yassin dilaporkan tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota sekitar pukul 4.40 petang.
Astro Awani melaporkan terdahulu, sekitar pukul 4.30 petang, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dilaporkan memasuki pekarangan istana sama selepas menziarahi makam ayahanda baginda di Pekan.-SM
(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button