Politik

PH hanya dakwa itu ini tapi gagal kemuka bukti

Oleh Norliza Abdullah Yusuf

TINDAKAN menuduh dan mendakwa tanpa asas dan bukti kukuh oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) bukti mereka ketandusan idea berkempen pada pilihan raya kali ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terbaharu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PN sebagai parti paling kaya.

Muhyiddin mencabar Anwar agar kemukakan bukti dan penyata.

“Jangan cakap sahaja. Jika tak ada bukti maknanya dakwaan itu tidak berasas.

“Sekiranya tidak ada bukti ini bermakna Anwar menipu,” katanya pada program Sembang Santai bersama peniaga di Gerai Makan Taman Sri Stulang, Johor, malam tadi.


Muhyiddin berkata, Anwar juga mendakwa wujud rundingan antara PN dan Barisan Nasional (BN).

“Sekali lagi ditegaskan mana buktinya,” ujar Muhyiddin.

Tambah Muhyiddin, ternyata segala dakwaan Anwar ini hanyalah tuduhan semata mata.

“Ternyata pemimpin PH sendiri tidak ada integriti dan tidak layak memimpin rakyat.

“Berikan mandat anda kepada PN untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. PN terbukti berjaya menguruskan negara,” kata Muhyiddin.

Semalam, Muhyiddin berada di selatan tanah air bersama Bangsa Johor, datang bertanya khabar, melihat aktiviti perniagaan mereka serta hal kehidupan harian.

Sambutan meriah daripada penduduk dan peniaga di Sri Stulang sangat dihargai. Mereka ini adalah penghuni asal rumah pangsa Bukit Chagar di sini.

“Alhamdulilah kehidupan mereka di sini lebih selesa dan dapat berniaga serta bekerja dengan sempurna.

“Saya bersama mereka ketika menjadi Menteri Besar Johor lebih 20 tahun lalu,” ujarnya.

Sementara itu, Program Jelajah PN Best yang berlangsung di Taman Sierra Perdana Masai Pasir Gudang pula menyaksikan ribuan hadirin yang hadir.

Himpunan masyarakat pelbagai usia dan bangsa terutama anak muda sebagai indikator PN sudah semakin diterima.

“Saya sempat memenuhi permintaan hadirin untuk membaca doa selamat selepas ucapan,” kata Muhyiddin.

Katanya, mereka rindu akan bacaan doa Abah ketika berhadapan Covid-19 lalu.

Muhyiddin sekali lagi berpesan, berikan mandat anda kepada PN untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

“Khidmat terbaik yang akan kita sediakan termasuk tawaran pengeluaran KWSP dan moratorium bersasar.

“Sumbangan RM1,000 untuk belia melanjutkan pelajaran ke universiti dan diskaun 25 peratus bayaran balik wang pinjaman pendidikan PTPTN.

“Tawaran satu juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada belia dan melancarkan MyPrihatin yang memberi bantuan segera kepada rakyat miskin.

“Semua janji ini antara yang termaktub dalam manifesto PN ianya bersifat realistik.

“Saudara saudari sekalian, bulatkan tekad anda terus menyokong PN, parti terbaik, stabil, telus dan amanah serta menjaga kemakmuran rakyat berbilang kaum dan keturunan.

“Pastikan anda mengundi Perikatan Nasional, PN Best,” katanya. – SM

 

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button