fbpx
Politik

Fokus pada ekonomi bukan peralihan kuasa

SUARA MERDEKA- Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan dilangsungkan nanti perlu memfokus kepada isu ekonomi yang membabitkan rakyat negara ini.

Mesyuarat itu nanti menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membincangkan isu peralihan kuasa, namun ia bukanlah menjadi topik utama.

“Mesyuarat Majlis Presiden PH itu nanti perlu fokus dalam membincangkan isu dan masalah ekonomi yang melanda keseluruhan majoriti rakyat Malaysia.

“Kita boleh bincang mengenai isu peralihan kuasa, tetapi perlu fokus tentang ekonomi dan biar Tun Dr. Mahathir Mohamad mengemudi pentadbiran negara dengan berkesan.

“Apabila ada cubaan untuk menjejaskan proses (peralihan kuasa), pembangkang seharusnya tidak mengganggu kita, sebaliknya kita perlu fokus pada masalah ekonomi.


“Kita perlu bergerak ke hadapan. Buat masa ini, biarlah Mahathir menjalankan tugasnya,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas menghadiri satu acara di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), semalam.

Sebelum ini ketika di Azerbaijan, Dr. Mahathir memberitahu wartawan beliau bersetuju untuk membawa isu peralihan kuasa ke dalam mesyuarat Majlis Presiden PH memandangkan ia merupakan platform yang sama digunakan sebelum ini untuk membincangkan pemilihan calon Perdana Menteri.

Menurut Anwar lagi, beliau percaya antara isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH itu nanti adalah tempoh masa peralihan kuasa.

Ujar beliau lagi, sebelum ini sudah ada konsensus siapa bakal

pengganti Perdana Menteri dan ia tidak pernah dipertikaikan oleh Dr. Mahathir dan sememangnya ada keperluan untuk dibincangkan mengenai tempoh masa bila ia akan berlaku.

Show More

Related Articles

Back to top button