Politik

‘Pengumuman penting’ politik negara petang ini?

Satu ‘pengumuman penting’ politik akan dimaklum Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir dan Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hal demikian dilaporkan selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu hadir dalam satu pertemuan bersama sembilan pemimpin dan ahli PKR di Hotel Sheraton, Petaling Jaya hari ini.

Sementara Dr. Mahathir pula dilaporkan menghadiri mesyuarat pemimpin tertinggi PPBM di ibu pejabat di Yayasan Selangor tidak jauh dari Hotel Sheraton.

Sumber memberitahu portal Free Malaysia Today (FMT) berkata, kemungkinan berlaku perubahan dalam komposisi politik dalam kerajaan.

[BACA ARTIKEL] Semua parti komponen PH sokong Dr Mahathir sepenuhnya – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Apa juga keputusan, saya letak jawatan selepas APEC – Dr Mahathir – Suara Merdeka

DR. MAHATHIR MOHAMAD

Selain itu, Dr. Mahathir juga dilaporkan akan bertemu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan perubahan yang dikaitkan sebagai pengumuman penting politik.

“FMT tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut, tetapi sedang menghubungi pihak istana mengenainya.

“Di situ semuanya bermula dan mungkin di situ jugalah ia akan berakhir,” lapor portal itu hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan Muafakat Nasional pula, UMNO dilapor mengarahkan Ahli Majlis Kerja Tertingginya berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hadir dalam satu mesyuarat khas.

MOHAMED AZMIN ALI

Sumber memberitahu Suara Merdeka memaklumkan mesyuarat parti politik tersebut berlangsung pada pukul 3.30 petang hari ini.

Mesyuarat khas itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pertemuan beberapa pemimpin parti kerajaan di Petaling Jaya.

“Rombakan kabinet,” ringkas sumber menerusi aplikasi Whatsapp.

Pas pula dilaporkan turut mengadakan mesyuarat khas parti politiknya pada petang ini.

[BACA ARTIKEL] Rakyat diminta hentikan politik berpanjangan, tumpu pembangunan – Azmin – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Pakatan Nasional: Satira politik picisan murahan tiada nilai — Suara Merdeka

Dalam perkembangan lain, portal MalaysiaGazette melaporkan, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Abang Johari Openg dijangka bertemu Ahli Parlimen partinya di Kuala Lumpur petang ini. – SM

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button