Politik
Trending

Kerajaan dikecam luluskan projek Quranic Village

TWITTER Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendapat perhatian warga net hari ini susulan makluman mengenai porjek Quranic Village.

Bagaimanapun, makluman berkenaan dikecam pengguna Twitter apabila kerajaan dilihat meluluskan projek dengan kos RM150 juta itu ketika Koronavirus (Covid-19) menular.

Ramai yang mempersoalkan kepentingan pembinaan projek di Putrajaya itu susulan rakyat berhadapan dengan kesusahan akibat pandemik.

Mereka mempertikai peruntukan yang diberikan untuk menjayakan projek Quranic Village sepatutnya boleh disalurkan kepada bantuan lain termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) yang kini membuat kutipan awam (Crowdfund) bagi membendung Covid-19.

Justeru, ramai meminta projek tersebut ditangguh atau dibatalkan supaya bantuan sepatutnya dapat disalur kepada rakyat.

“Lebih baik tangguh dahulu. Seislamik manapun lebih baik salurkan duit pada yang memerlukan waktu-waktu Covid-19 ini,” ciap @realajmal.

“Alhamdulillah, inilah pemimpin yang rakyat perlukan. Ketika rakyat tanggung susah ini belanja buat bangunan lebih utama,” kata @zahrahrose.

“Ini sangat tidak patut kerana ketika rakyat makan tak cukup, kena buang kerja, kena halu rumah sewa dan sebagainya. Utamakan rakyat dahulu, bukan kebanggaan,” balas @PandaNoobslair.

“Pada awalnya, saya agak kagum dengan projek itu. Tetapi bila fikir baik, ada betulnya kalau bajet itu diutamakan kepada yang lebih penting. Rakyat didahulukan? Betul?” soal @Syafeitz1.

“Inilah syurga golongan T20. Hmmm… tak apalah kita golongan M40 dan B40 ini tunggu sahajalah bila Allah hisab kita,” luah @appa_apar.

“Selamat menjawab di akhiran nantil Rakyat masih tidur beralaskan simen, bayi dilenakan dengan air masak, anak kecil tercicir dalam pelajaran, perkhidmatan jalan membahayakan, tetapi pemimpin semua sibu mengejar pembinaan demi kebanggaan. Selamat menjawab kelak. No respect,” komen @NalyaShah.

“Mengikut sudut pandang Islam, kemajuan sesebuah peradaban atau negara diukur dari segi pembangunan rohani dan bukan hanya fizikal semata-mata.

“Jangan hanya ingin tampak gah dari segi monumen, kebajikan rakyat sekeliling terabai. Monumen tidak hidup dan boleh mengundi. Rakyat boleh,” kata @alfiezik.

“Dan biar KKM kena mintak derma, penjara mintak sumbangan, dan rakyat kekal daif. Inilah lah kerajaan Melayu Islam yang kita perlukan,” luah @azizanhariz.

Parade of wealth and power. Di sebalik iconic building macam ini hakikatnya ramai orang tak mampu miliki rumah, malah gelandangan anak beranak merata-rata, sekeluarga bersempit dalam kereta kecil, propaganda perkauman, ketidakadilan, ketiadaan sifat amanah & pelbagai kebobrokan,” ciap @nnicruiser.

“Tan Sri rasa hendak beli susu dan barang makanan pun tak mampu. Kerajaan sibu dengan projek macam ini. Tak tahu apa keutamaan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” luah @alankamaruddin.

“Kalaulah dana projek sebesar ini digunakan untuk menghapuskan kefakiran dalam negara, mungkin orang akan ingat sampai bila-bila. Tetapi itulah…” komen @PartiLangit.

Demikian sebahagian besar luahan pengguna dalam media sosial tersebut mengenai projek Quranic Village yang dijangkan akan dilaksanakan bermula tahun hadapan.

Malah ada juga berpandangan wajar Belanjawan 2021 diteliti semua pihak sebelum diluluskan dalam Dewan Rakyat nanti.

Sementara itu, Annuar dalam ciapan awalnya memaklumkan projek tersebut diluluskan peruntukan awalnya termasuk tapak seluas 20 ekar.

“Alhamdulillah rekabentuk Quranic Village telah hampir siap.Pada dasarnya kjaan sudah setuju.

“Peruntukan awal sudah di luluskan dan tapak 20 ekar juga sudah di luluskan. Kita akan memulakan pembinaan 2021 insyaalah.

“Satu satunya projek di dunia Islam..biar Malaysia mempeloporinya,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan projek Quranic Village dikatakan bakal menjadi pusat percetakan Al-Quran terbesar dunia selepas Arab Saudi. – SM

(Visited 475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button