ParlimenPolitik

Belanjawan 2021: Undi belah bahagi peringkat jawatankuasa untuk tutup kesilapan PH

USUL undi belah bahagi yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) terhadap Belanjawan 2021 adalah untuk menutup kesilapan mereka.

Kesilapan tersebut merupakan sokongan kepada belanjawan selepas dibahaskan peringkat dasar pada Khamis (26 November) lepas yang diberikan mereka.

Namun, ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bangkit mencadangkan undi belah bahagi, bagaimanapun sokongan kepada usul itu hanya 13 orang sahaja.

Oleh demikian, pembangkang dilaporkan mahu mengusulkan undi belah bahagi dalam perbahasan belabnjawan peringkat jawatankuasa bagi setiap kementerian.

Bagaimanapun, cubaan pertama mereka bagi membantah peruntukan RM6.9 bilion bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) gagal apabila hanya 95 Ahli Parlimen membantah berbanding 105 menyokong.


“Wah! Ternyata mereka merasai bahangnya apabila Ahli Parlimen pembangkang gagal memperoleh 15 orang untuk mengadakan undi belah bahagi ketika memutuskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar pada Khamis lepas.

“Ramai penyokong PH mengkritik pemimpin PH yang ‘cakap tak serupa bikin’.

“Mulai hari ini, sandiwara PH akan bermula dan membantah Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa bagi setiap kementerian bagi menutup kesilapan mereka pada Khamis lalu.”

Kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dalam satu kenyataannya yang dimuat naik menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kekecohan apabila usul tersebut dibangkitkan ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bermula hari ini.

Usul tersebut dibangkitkan selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai pertambahan sebanyak 10.7 peratus iaitu RM482 juta.

“Riuh rendah di Dewan Rakyat hari ini.

“Ketika Perbahasan dan Penggulungan Belanjawan 2021 di Peringkat Jawatankuasa bagi JPM, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengikut prosedur apabila bertanya samada ia dipersetujui oleh Ahli Dewan Rakyat.

“Jelas lebih suara yang bersetuju!

“Akan tetapi, Ahli- Ahli Parlimen Pembangkang tiba-tiba bangun, belum sempat Yang Dipertua Dewan Rakyat meminta 15 Ahli Parlimen yang menuntut undi belah bahagi untuk berdiri.

“Setelah undi dikira, sebanyak 105 undi bersetuju berbanding 95 undi yang tidak bersetuju sekaligus Belanjawan 2021 bagi JPM diluluskan.

“Sebelum itu, kedengaran suara Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang kata ‘kita akan minta undi belah bahagi bagi setiap kementerian mulai hari ini’,” ujarnya. – SM
(Visited 325 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button