fbpx
Politik

‘Ketari kutuk-kutuk, eh dia pula jadi Takiri’

KETARI dan Takiri menjadi trending di Twitter gara-gara Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari (DAP) Young Syefura Othman melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Netizen berkata, apa dilakukan oleh Young Syefura tidak ada beza dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dari Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali atau digelar sebagai Khairuddin at-Takiri.

Kedua-dua wakil rakyat itu menjadi bahan kritikan di media sosial oleh netizen yang juga kini di bawah peraturan PKPB.

“Kenari tunjuk-tunjuk, Tunjuk pula guna jari; Ketari kutuk-kutuk, Eh dia pula jadi Takiri,” pantun @danieleskay.

“Kalau Takiri donated his 4 months minister salary, Ketari should donate at least 4 months of her ADUN salary,” cadang @meowrrushd.


When you realise Takiri is Ketari but I is replaced by E,” kata @MukhleisZach.

“Takiri and Ketari rhymes for a reason,” komen @thezuklfo

“The Takiri you mock today might be the Ketari you commit tomorrow,” kata @hanifjamals.

“Oh my god we went from Takiri to Ketari real quick,” komen @taeyahhh.

Good luck her lah. Time Takiri dulu dia bising. Now she answer lah,” komen @PittKF.

“Marhaen disaman setiaplah hari, YB tak kisah pentingkan diri, Lantang Ketari mengata Takiri, Bak ludah jatuh ke muka sendiri,” pantun @IniAlannn.

Young Syefura telahpun memohon maaf setelah netizen menuduhnya melanggar SOP PKPB yang kini berkuat kuasa di Selangor.

ADUN Pahang yang bermastautin di Selangor itu didakwa melanggar SOP setelah dia menyiarkan foto di Instagram memaparkan dirinya dan empat yang lain kelihatan berkelah di sebuah pantai di Selangor.

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorg wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19,” katanya di Twitter.

Young Syefura sebelum ini mengkrtik seorang menteri yang melanggar SOP.

Khairuddin Aman telahpun didenda RM1,000 kerana melanggar SOP namun banyak pihak melihat hukuman itu sebagai ringgan sedangkan ada yang dikenakan hukuman yang lebih berat termasuk dipenjara atas kesalahan yang sama.-SM

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button