Politik

Bereskan isu antara kepimpinan baharu gerak menuju PRU-15

UMNO perlu menyelesaikan isu di peringkat kepimpinan termasuklah sikap mengkritik sesama sendiri secara terbuka sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ini kerana, dalam keadaan sekarang kepimpinan UMNO dilihat bercelaru apabila terdapat sesetangah daripadanya mengeluarkan kenyataan mengguris hati sesama sendiri.

Hal tersebut tidak terhad dalam parti malah termasuk mengkritik pemimpin dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Sedangkan sebelum ini Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara menyatakan sokongan kepada PN sehinggalah PRU-15 nanti.

“Saya sarankan sebelum kita menuju pilihan raya umum (PRU) setiap ketua perlu memainkan peranan untuk membuat keputusan melalui Majlis Presiden.

“Ahli dan pemimpin lain perlu kurangkan kenyataan melalui media dan elak daripada menguris hati sesama kita.

“Biarlah pucuk pimpinan melalui Majlis Presiden yang diwujudkan itu berbincang dan apa juga keputusan yang mereka buat kita perlu ikut.”

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii seperti dipetik laporan Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Beliau berkata demikian  mengulas isu perbezaan pendapat membabitkan pemimpin parti dalam kerajaan PN.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada pimpinan dalam gabungan kerajaan yang melibatkan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai asas pembentukan penyatuan mereka.

Katanya, asasnya adalah untuk menyatukan kembali masyarakat Melayu dan Islam selepas Pakatan Harapan (PH) gagal mengurus perpecahan yang berlaku.

Oleh demikian, katanya parti Melayu dalam PN perlu bersatu dan mengelak perpecahan, termasuk dalam isu pembahagian kerusi.

“Untuk kita terus bergerak ke hadapan, kita (parti Melayu dalam PN) tidak boleh keluar daripada kerangka sokongan majoriti orang Melayu secara maksimum,” ujarnya. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button