Politik

Saya tidak syiok orang calon saya – Hadi

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak syiok (seronok) apabila dicalon sebagai timbalan perdana menteri.

Menurut Abdul Hadi, oleh itu perkara berkenaan diserahkan kebijaksanaan perdana menteri.

“Ada orang syiok apabila dicalonkan, saya tidak syiok,” katanya dalam sidang media di Terengganu hari ini.

BACA: Hormati keputusan Agong – Hadi

Terdapat cadangan tiga nama untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri iaitu Abdul Hadi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Azmin Ali.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak meletakkan apa-apa syarat dan beliau tidak ada masalah jika tidak dilantik sebagai menteri dan boleh kembali ke kampung menjadi nelayan.

Kabinet yang dibentuk katanya perlu terdiri mereka yang berwibawa dan berintegriti ini adalah penting untuk memulihkan keadaan negara.

Tambah beliau, matlamat utama adalah untuk menyelamatkan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Oleh itu katanya kerajaan tidak terburu-buru dan memperhalusi satu persatu termasuk melihat kembali apa janji-janji kerajaan terdahulu dan tidak ada masalah untuk dilaksanakan jika ia baik.

BACA: Bisanya politik Tun M, Hadi

Hadi juga menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses undang-undang khususnya kes yang membabitkan pemimpin politik.

Katanya biarlah mahkamah yang membuat keputusan dan bukan masyarakat yang menjatuhkan hukuman.

Mengenai isu undi tidak percaya, kata Hadi pihak yang berbuat demikian sebenarnya tidak percaya di atas pilihan Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong, ujar beliau, telah membuat penelitian termasuk demografi dan komposisi masyarakat dan wakil rakyat sebelum membuat keputusan memilih individu yang layak menjadi perdana menteri.

Hadi juga menekankan demokrasi masih lagi subur di negara ini dan ia perlu dilihat melalui perspektif yang lebih luas.

Demokrasi, katanya mempunyai banyak pintu termasuk apa yang diputuskan Yang di-Pertuan Agong setelah yakin individu yang mendapat kepercayaan dan sokongan majoriti ahli parlimen.

Selain itu demokrasi juga, jelas beliau, turut membabitkan perhimpunan aman dan pilihan raya.

Abdul Hadi juga berterima kasih kepada rakyat yang sentiasa tenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru ketika kemelut politik melanda negara.

Oleh itu, ujar beliau, wajarlah semua pihak menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk melunaskan tugas beliau.

 

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button