Politik

Dalam parti kafir, ahli Melayu yang khianat – Mujahid

SEJAK kehilangan kuasa, Mujahid Yusof Rawa, bekas menteri di jabatan perdana menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama kerap membuat hantaran keras di twitter miliknya.
Beliau sebelum ini menekankan konsep Rahamatanlilalami iaitu Islam rahmat seluruh alam, kini melepaskan kemarahan di media sosial.
Berbanding ketika menjadi menteri beliau sering menasihati masyarakat supaya sentiasa menjaga turut kata dan pekerti kini beliau berubah sepenuhnya.
Terbaharu beliau meluahkan kemarahan kepada parti berasaskan Melayu serta Islam dan Melayu keseluruhan dengan menggambarkan bangsa berkenaan sebagai pengkhianat dan penipu.
Kalau kerana Melayu, takkanlah. Kalangan Parti Melayu yang khianat. Kalangan parti Melayu yang curi duit.
“Kalangan parti Melayu yang guna nama Islam untuk menipu. Dalam parti kafir pun, ahli Melayu yang khianat parti dia. Kerana Melayukah?” ciapnya.
Parti Melayu itu dipercayai dituju terhadap UMNO dan parti kafir kemungkinan beliau merujuk kepada DAP.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kehilangan kuasa apabila berlaku kemelut politik ekoran peletakan jawatan Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.
Rentetan itu Muhyiddin Yassin telah membawa keluar Bersatu dari PH dan bergabung dengan Muafakat Nasional, GPS dan serpihan PKR untuk membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri.
Setakat ini Muhyiddin menguruskan negara ini secara bersendirian kerana belum melantik barisan kabinetnya.
(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button