Politik

Hormati keputusan Agong – Hadi

PAS meminta semua rakyat Malaysia menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi satu kenyataan, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rakyat juga perlu memperkukuhkan muafakat dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kepada kemakmuran negara.

“Pas juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini,” demikian menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

(Visited 51 times, 1 visits today)


Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button