Nasional

Semua transaksi dilepaskan, tiada kesalahan undang-undang – saksi

Sambung bicara kes Ahmad Zahid

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, semua transaksi yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Lewis & Co dilepaskan kerana tiada berlaku apa-apa kesalahan undang-undang.

Saksi pendakwa ke-40, Penolong Pengurus Khidmat Cawangan CIMB Bank Menara Binjai, Sharifah Aspaniza Syed Mustapaha, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd. Jeffery Ong, menegaskan, kesemua transaksi dilepaskan kerana tidak ada apa-apa yang pelik dalam jumlah kemasukan dan pengeluaran cek klien.

Dalam soalan terakhir Harris Ong ke atas saksi yang berusia 53 tahun itu, berdasarkan apakah jawapan saksi terhadap bayaran kepada cek-cek berkenaan?

Jawap saksi, “merujuk kepada bahagian belakang cek bertulis nama company, akaun Lewis & Co dan tarikh.

“Tidak ada apa-apa yang pelik, tiada apa-apa kesalahan undang-undang dan kesemua transaksi dimasukkan ke dalam akaun company Lewis & Co,” jawap saksi.

Terdahulu, sebelum saksi disoal dengan soalan tambahan dan terakhir oleh Timbalan Pendakwa Harris Ong dan dilepaskan dan dibebaskan, peguam Ahmad Zahid, Haziq Dhiyauddin Razali mengemukakan soalan balas ke atas saksi.

Peguam Haziq Dhiyauddin: ketika ditanya, semua cek pengesahan telah dibuat melalui panggilan telefon, semua transaksi dilakukan, dilepaskan?
Saksi: Betul.
Peguam Haziq Dhiyauddin: Pengesahan telah dibuat?
Saksi: Benar
Peguam Haziq Dhiyauddin: Puan tahu pengesahan diambil kira, cek-cek dikeluarkan kepada Lewis & Co. Puan tahu Lewis & Co firma guaman?
Saksi: Ya. Tahu.
Peguam Haziq Dhiyauddin: Rujuk cek 549. Lewis & Co, client account. Kesemua transaksi dimasukkan ke dalam akaun Lewis & Co dan nombor akaun.
Transaksi dilepaskan kerana tiada berlaku apa-apa kesalahan undang-undang. Tidak ada yang pelik Setuju?
Saksi: Setuju.

Mahkamah berhenti rehat sementara menunggu kehadiran Pegawai Penyiasat, saksi pendakwa kes perbicaraan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang masuk hari ke-20, hari ini.

Prosiding perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button