fbpx
Politik

Lompat parti sekarang lebih teruk berbanding katak – Ibrahim

TINDAKAN sejumlah ahli politik khususnya wakil rakyat yang lompat parti selepas memenangi pilihan raya sekarang disifatkan lebih teruk.

Ia disifatkan sedemikian kerana kegiatan tersebut menyebabkan kerajaan tumbang dan bertukar sekali gus menggugat kestabilan politik.

Malah, akibat daripada itu juga mencetuskan beban kewangan negara dan berisiko mengancam keselamatan rakyat.

“Budaya ‘lompat berjemaah’ ini amat bahaya kepada sistem amalan demokrasi kerana ianya melibatkan perubahan kerajaan.

“Pasti majoriti rakyat tidak senang dengan perkembangan ini.


BACA > Baju, tulang manusia dalam perut buaya baham remaja – Suara Merdeka

“Ia bukan setakat bertukar kerajaan, tetapi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Dewan Rakyat boleh dibubar untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU).

Demikan kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dilihat berkata demikian mengulas situasi yang berlaku di DUN Sabah apabila terdapat sebahagian wakil rakyat yang melompat parti.

Hal demikian menyebabkan Kerajaan Negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) didakwa tumbang.

Walau bagaimanapun, Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bertindak membubarkan DUN selepas mendapat perkenan daripada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.

Justeru, Ibrahim mencadangkan Akta Pilihanraya dipinda bagi mencegah budaya lompat parti secara ‘tidak sihat’.

“Bagi mengatasi budaya gila lompat parti yg menjadi-jadi malah secara berjemaah, PUTRA mengusul dan mencadangkan Akta Pilihanraya dipinda.

BACA > Skandal Shuk disifatkan sebagai wanita ‘psiko’ – Suara Merdeka

“Di mana setiap wakil rakyat yg dipilih melalui Pilihan Raya tidak boleh melompat atau berpindah parti.

“Jika mana-mana wakil rakyat bertukar parti daripada parti yang asalnya mereka dipilih, secara automatik lucut hak sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan

“Parti berkenaan boleh menamakan wakil baharu tanpa diadakan Pilihanraya Kecil.

“Peraturan ini bagi Wakil Rakyat yg sudah dipilih melalui PRU dan tidak terlibat dgn ahli ahli biasa yg mahu bertukar Parti.

“Inilah sahaja cara supaya tidak akan berlaku beli membeli wakil rakyat setelah dipilih,” tegasnya.

Ibrahim dalam kenyataan sama turut mengecam tindakan ahli politik yang pernah mengkritiknya melompat parti dahulu.

BACA > Sabah bergolak, rakyat memerhati — Suara Merdeka

Malah, beliau turut menyifatkan kegiatan lompat parti sekarang lebih teruk berbanding katak.

“Saya digelar katak dan dicemuh manakala kini bukan lagi lompat katak tapi lompat beruk cari buah dari pokok ke pokok. Pelik tapi benar.

“Dahulu bertukar parti tidak seburuk sekarang hingga boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan.

“Saya pernah bertukar parti atas sebab-sebab peribadi dan disingkir tetapi secara individu yang langsung tidak mengugat kerajaan yang dipilih rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga menyindir dengan menyebut aktiviti lompat parti yang berlaku sekarang seperti merebut gelaran ‘raja katak’

“Mereka yang pernah menghina saya lompat parti mutakhir ini bertukar parti atau melompat lebih dua tiga parti tanpa segan silu ibarat kata dulang paku serpih.

BACA > TYT Sabah setuju bubar DUN, adakan pilihan raya negeri – Shafie — Suara Merdeka

“Tahta Raja Katak kini menjadi rebutan begitu hebat sekali,” katanya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button