Politik

TYT Sabah setuju bubar DUN, adakan pilihan raya negeri – Shafie

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Mohd. Apdal mendakwa Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

Shafie dalam satu sidang akhbar sebentar tadi berkata, persetujuan itu diberikan dalam pertemuan di Istana Negeri pagi tadi. Menurutnya, beliau telah memberi surat kepada Tun Juhar mengenai hasrat tersebut semalam.

“Selepas saya membuat surat semalam dan memberikannya kepada Yang Dipertua . Lepas pagi tadi saya berjumpa TYT telah memperaku untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri,” kata Shafie.

Menurut Shafie sebagai Ketua Menteri yang sah beliau mempunyai kuasa yang sah untuk meminta Yang Dipertua Sabah untuk membubarkan DUN. Yang Dipertua Sabah pula mempunyai kuasa untuk memperkenan atau menolak permohonan untuk membubarkan DUN.

Shafie bertemu Tun Juhar selama kira-kira setengah jam di Istana Negeri pada pagi tadi.

Kira-kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) mengiringi kenderaan Mohd Shafie, masuk ke Istana Negeri melalui pintu di Padang Merdeka, pada kira-kira pukul 8.20 pagi, dan mereka dilihat keluar kira-kira setengah jam kemudian.

Menurut Shafie beliau mempunyai surat akuan bersumpah sokongan 45 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menyokong beliau terus menjadi Ketua Menteri.

“Ada yang tidak kuat iman terbeli, dibeli,” kata Shafei.-SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button