Politik

Takiyuddin dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (parlimen dan undang-undang)

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Politik negara sekali lagi melakar sejarah baharu apabila barisan jemaah menteri Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, kembali dianggotai beberapa pemimpin PAS.

Kembalinya parti itu dalam pentadbiran kerajaan pusat mengulangi peristiwa parti itu yang kali terakhir berada dalam kerajaan persekutuan bersama kerajaan campuran Perikatan dari 1973 hingga 1974 dan Barisan Nasional (BN) dari 1974 hingga 1977.

Barisan jemaah menteri Kabinet kali ini, menyaksikan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)

Takiyuddin, 58, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya itu mula melibatkan diri dalam politik selepas menyertai PAS sekitar tahun 1989.

Bekas majistret itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong sejak 1999, kemudiannya sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu pada 2013 (sehingga kini) selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Berikut adalah biografi Takiyuddin Hassan:

Nama: Datuk Takiyuddin Hassan

Isteri: Datin Hariza Yusoff

Tarikh Lahir: 24/11/1961

Tempat Lahir: Sik, Kedah

Anak: Lima orang

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) 1986

 

Politik:

1989 : Sertai PAS

1999 – 2013 : Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong, Kelantan

2013 – kini : Ahli Parlimen Kota Bharu

 

Karier:

1986-1989 : Majistret di Kota Bharu dan Pasir Mas.

1990-1999: Peguam di Tetuan Rithauddeen & Aziz, Kota Bharu

1996-1998 : Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)

1997-1998 : Ahli Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

1997: Ketua Pemuda PAS Kelantan

1999-2013: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO)

2002: Ketua Penerangan PAS Kelantan

2005: Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan

2011-2015: Penolong Setiausaha Agung PAS

2013 : Anggota, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM)

2013-kini: Peguam di Tetuan Wan Jawahir & Takiyuddin, Kota Bharu

2014-2018 : Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

2015-kini : Setiausaha Agung PAS

2015-kini: Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

— BERNAMA

 

(Visited 487 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button