Politik

Najib Razak nafi beliau permainkan rakyat dalam isu KWSP, moratorium

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau mempermainkan rakyat berhubung isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebaliknya beliau menegaskan cadangan itu dan lanjutan moratorium pinjaman adalah bertujuan untuk merancakkan ekonomi negara.

Tegasnya, dua cadangan itu merupakan syarat untuk Barisan Nasional (BN) menyokong Belanjawan 2021 oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Paling utama, cadangan itu adalah suara rakyat yang sedang dalam kesusahan ketika begara berhadapa tekanan ekonomi akibat pandemik Koronavirus (Covid-19) dan dibawa ke Parlimen.

“Sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah menjawab soalan saya bagaimana Bajet 2021 untuk lawan Covid-19 yang cuma 2.5 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2019 (yang tiada Covid) bawah PH (Pakatan Harapan) mampu menyelamatkan negara.

“Sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah jawab soalan saya bagaimana bajet 2021 boleh menyelamatkan ekonomi negara.

“Memandangkan empat skim utama kerajaan bagi tahun 2020 ini seperti moratorium pinjaman, i-lestari, Program subsidi Upah dan bayaran bantuan prihatin telah ditamatkan atau banyak dikurangkan pada tahun depan.

“Sebab itu, saya berpendapat bahawa dana yang disuntik oleh kedua-dua langkah ini mampu membantu rancakkan ekonomi dan akan selamatkan lagi ramai pekerjaan.”

Demikian kata bekas Menteri Kewangan itu menerusi satu kenyataan dalam Facebooknya hari ini.

Beliau juga berkata demikian berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam pengurusan ekonomi negara, justeru menegaskan kadar dividen antara paling tinggi sejak 20 tahun ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dalam kenyataan sama, Najib Razak yang juga Ahli Parlimen pekan memaklumkan kedua-dua syarat itu boleh dipenuhi kerajaan kerana ia pernah dilaksanakan sebelum ini.

“Ini bukan bukan syarat yang mustahil dilakukan atau sukar dilakukan seperti syarat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk pinjam dan tambah RM45 bilion kepada perbelanjaaan tahun 2021.

“Kerajaan pernah memberikan pengeluaran dari KWSP melalui skim i-Lestari dan memberi moratorium 6 bulan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan.

“Kini PKP Bersyarat (PKPB) dilanjutkan berulang-kali tetapi kemudahan-kemudahan ini tidak pula dilanjutkan.

“Lagi pelik ialah kita minta pengeluaran RM10,000 tanpa syarat bagi semua, tetapi yang diberi ialah pengeluaran RM60,000 pula dengan syarat amat ketat!

“Seolah-olah mereka yang lebih kaya diutamakan tetapi yang benar-benar tertekan disingkirkan.

“Jika dahulu boleh dilaksanakan, kenapa tidak boleh dibuat semula sedangkan KWSP ada aset RM940 bilion dan semua bank-bank yang mengaut keuntungan berpuluh bilion setahun pada tahun-tahun lepas masih catat keuntungan pada tahun 2020 yang amat susah ini?” soalnya. – SM

(Visited 418 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button