fbpx
Politik

Bubar DUN Johor: Pemuda UMNO setuju titah Sultan Ibrahim

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri jika perebutan kuasa terus berlaku dalam kalangan wakil rakyat.

Menurut Asyraf Wajdi, tidakan yang sama juga perlu dilakukan di peringkat Persekutuan jika masih terdapat anggota parti kerajaan yang mengugut untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet.

“Setuju dengan titah Tuanku Sultan Johor untuk membubarkan DUN Johor jika sketsa perebutan kuasa dan insiden ugut-mengugut dikalangan wakil-wakil rakyat Johor berterusa

“Begitu jugalah senario di peringkat Persekutuan, jika masih berterusan karenah ugut-mengugut untuk meletakkan jawatan kabinet dan mencetuskan ketidak-puasan hati kepada kerajaan walaupun negara sedang berhadapan dengan Pandemik Covid-19,” kata Asyraf Wajdi.

Menurut beliau jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan politik yang sedang berlaku sekarang adalah dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih semula pemimpin yang ikhlas berjuang untuk kebajikan mereka.


BACA Sultan Ibrahim beri amaran bubar DUN, kecewa kemelut politik

Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor sekiranya  perebutan kuasa terus berlaku dalam kalangan wakil rakyat.

Sultan Ibrahim kecewa dengan kemelut politik yang terus berlaku dan tidak berkesudahan di negeri tersebut.

Menurut baginda, masih ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan hanya demi kepentingan diri sendiri sedangkan pada masa yang sama rakyat sedang mengalami kesusahan.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak akan melihat sahaja rakyat Johor menderita dan baginda tidak akan sekali-kali membiarkan negeri Johor menjadi kucar-kacir.

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button