Politik

Lembaga Disiplin UMNO belum terima laporan rasmi berkaitan Tajuddin

LEMBAGA Disiplin Umno belum menerima laporan rasmi terhadap Datuk Tajuddin Abdul Rahman susulan dakwaan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu terhadap Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Pengerusinya, Zulhasnan Rafique berkata, pihaknya tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya ke atas ahli atau pemimpin parti itu tanpa sebarang laporan rasmi.

“Lembaga Disiplin UMNO adalah badan penyiasatan dalaman yang akan bertindak apabila menerima laporan rasmi atau aduan.

“Lembaga Disiplin tidak akan memberi komen terhadap isu-isu melibatkan kesalahan etika ahli UMNO,” katanya.

Zulhasnan berkata, sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli dan pemimpin UMNO akan dimaklumkan oleh setiausaha agung parti, Ahmad Maslan.


Beliau berkata demikian susulan pendedahan Tajuddin dalam sidang media semalam yang mendakwa beliau adalah saksi bahawa UMNO menghantar akuan berkanun kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut secara terbuka mendesak Zahid supaya melepaskan jawatan presiden parti, selain mendakwa hampir 130 Ketua Bahagian UMNO mahu beliau berbuat demikian. – SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button