Politik

Pas komited pertahan perpaduan ummah

PAS tetap komited untuk mempertahankan perpaduan ummah di negara ini, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim mengatakan ini dibuktikan dengan kehadiran Pas di Perhimpunan Agung UMNO untuk mengukuhkan perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional (MN), seperti mana yang telah dipersetujui sebelumnya.

“Demi ingin melihat perpaduan Islam di negara ini,” katanya kepada Bernama setelah presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan amanat di perhimpunan di World Trade Center Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hair pada majlis pembukaan perhimpunan agung itu bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Yang turut hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Arthur Joseph Kurup.


(Visited 47 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button