Politik

Covid-19: Khalid Samad carilah isu lain untuk meroyan pasal politik

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad diminta tidak ‘meroyan’ isu politik dengan menggunakan wabak Covid-19.

Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata, dia tidak dapat menghalang Khalid untuk terus menjadi ‘ahli politik sejati’ selama 24 jam sehari.

Namun adalah tidak wajar untuk Pengarah Komunikasi Amanah itu menggunakan wabak Covid-19 untuk berpolitik di tengah-tengah kebimbangan masyarakat tentang penularan virus maut itu.

Shahril Sufian menasihatkan Khalid sekirannya ingin terus meroyan boleh menggunakan isu lain dan beliau akan membalasnya kemudian.

“Satu dunia tengah escalate. Boleh tolong letak tepi politik kejap tak bang?

“Kalau tak boleh sangat, nak jadi 24/7 political animal dan menghasut, I can’t stop you but please keep Covid out of it. Find other points to meroyan, and we’ll balas you later,” ciap Shahril Sufian.

Beliau membuat gesaan tersebut selepas Khalid Abdul Samad membuat ciapan mendakwa tindakan khianat yang dilakukan beberapa bekas pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional hingga kerajaan PH tumbang menyebabkan virus Covid-19 merebak.

“Sebelum itu terkawal. 24 kes, 22 sembuh.. 2 sahaja dalam rawatan. Gelombang kedua pada 27hb Februari semasa Kerajaan PN sedang ditubuh, tak ada Kabinet. Kabinet ditubuh 10 Mac.

“Tindakan khianat Azmin, Muhyiddin, Zahid, Hadi dan GPS bawa bala kepada negara. Nak sangat kuasa..tebuk atap,” ciap Khalid.

[BACA ARTIKEL] Bala Covid-19 merebak kerana tindakan khianat Azmin, Muhyiddin

Seingga semalam Malaysia mencatatkan sebanyak 673 jangkitan dan 2 meninggal dunia.-SM

 

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button