Politik
Trending

Zahid restu Ahli Parlimen sokong Anwar

KERAJAAN baharu yang bakal ditubuhkan seperti diperkatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat reaksi positif UMNO.

Ini menandakan, UMNO tiada halangan kepada Anwar dalam menubuhkan kerajaan baharu yang dikatakan bakal disertai Ahli Parlimen daripada pelbagai parti.

Malah, UMNO juga dikatakan memberi penghormatan kepada wakil rakyatnya untuk menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen itu.

Ini termasuklah menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah mengikuti sidang media oleh Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson.

“Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja.

“Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.”

Kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan tiada halangan bagi Ahli Parlimen BN yang mahu menyokong Anwar bertemu Yang di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

“UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

“Yang berhasrat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi,” ujarnya.

Berdasarkan kenyataan tersebut, ini bermakna kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu itu berisiko terjejas.

Lantaran kebebasan yang diberikan oleh Ahmad Zahid kepada Ahli Parlimen jika mereka berhasrat menukar kerajaan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Presiden PKR bersama isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan sidang akhbar di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang akhbar tersebut, Anwar mengumumkan mendapat sokongan daripada majoriti Ahli Parlimen dengan jumlah yang lebih besar untuk membentuk kerajaan baharu. – SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button