BeritaPolitik

Media sosial `hantu raya tak bertuan’ PRU-15

Analisis

SEJAK Utusan Malaysia dan Kosmo! ditamatkan penerbitan 9 Oktober lalu, suratkhabar atau akhbar berbahasa Melayu sedia ada di pasaran hari ini tinggal berapa kerat sahaja.

Berita Harian, Sinar Harian…errr…ada lagi ke?

Ada pihak percaya tempoh tiga tahun mendatang ini menjadi masa-masa sukar dihadapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kembali mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke-15.

Dengan prestasi dalam setahun enam bulan ini sejak PRU-14 `begitu haru-biru tak menentu’, ditambah kelemahan sebilangan anggota jemaah menterinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentunya berdepan tugas berat menguruskan negara.

Apa lagi bila hari ini Dr. Mahathir meminta rakyat supaya memanjangkan masa kelima tahun atau sepenggal untuk menilai prestasi kerajaannya.

Hakikatnya, PH memikul tanggungjawab cukup berat. Mereka bukan saja berdepan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pas yang sedang `menggila’ membongkar kelemahan PH, bahkan lebih dahsyat lagi kini menghadapi ancaman `angkatan tentera siber’ atau media sosial.

Tanpa suratkhabar yang sahih tuan punyanya dengan wartawan lebih terserlah ketanggungjawaban menerusi byline mereka tertera dalam berita atau artikel yang ditulis, media sosial ibarat `hantu raya tak bertuan’.

Takrif ‘media sendiri’ biasanya digunakan oleh media sosial di China bagi menggambarkan akaun berita berkecuali yang menghasilkan kandungan asli tidak semestinya berdaftar dengan pihak berkuasa.

Di China, akaun seperti itu bertambah banyak sejak beberapa tahun lalu daripada yang berunsur menyiasat kepada gosip selebriti atau membabitkan sesuatu yang lucah. Kebanyakan akaun itu juga popular kerana menawarkan berita sensasi berbanding daripada sumber rasmi.

“Akaun media sosial milik sendiri yang mencetuskan kekalutan telah menjejaskan maruah penguasa undang-undang dan merosakkan kepentingan awam,” menurut Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) sebelum ini.

Sejak tahun lalu lagi China melancarkan kempen terbaharu pembersihan Internet, kata media tempatan di tengah gelombang baharu tapisan Beijing yang menyekat lebih banyak laman web media asing dan menutup akaun media sosial domestik.

Kempen ‘pembetulan’ itu akan menghukum dan mendedahkan laman web di atas ‘tindakan jenayah dan melanggar undang-undang’ kerana gagal ‘mematuhi’ untuk mengambil langkah keselamatan atau mencuri maklumat peribadi.

Kempen itu diikuti siri terbaharu penutupan dan sekatan laman web dan akaun sosial media tertentu.

Beberapa media asing di luar kawalan Beijing seperti Washington Post dan The Guardian tidak dapat diakses dalam talian semasa kempen berjalan, antara senarai laman yang disekat termasuk Reuters.

Jadi, apa kata para strategis PH termasuk Dr. Rais Hussin dari Bersatu dengan rumusan Dr. Mahathir tadi?

Tiga tahun setengah mendatang ini penuh strategis daripada para pelaku politiknya. Mampukah PH dekat semula di hati rakyat?

Lawan tetap lawan.

– SUARA MERDEKA

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button