Belang Bertempat

Pengampuan pun ada diskaun 50%!

ISU pengampunan DiRaja Datuk Seri Najib Razak akan terus menjadi bualan dari bibir ke bibir tanpa ada insurans mulut. Ramai yang menjadi cerdik pandai dalam menilai isu yang menjadi hangat sebelum masuk ke detik hangat-hangat tahi ayam!

Mendapat perkongsian pandangan melalui WhatsApp, SUARA MERDEKA ingin berkongsi dengan pembaca semua berkaitan dengan pengampunan DiRaja Datuk Seri Najib.

ashraf wajdi

Setiausaha Agong UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dasuki menggesa Ahli-Ahli UMNO agar tidak ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Asyraf berkata, ini adalah kuasa mutlak YDP Agong yang termaktub didalam Perlembagaan Negara.

Manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula mengesa Ahli-Ahli UMNO agar menerima keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh YDP Agong.

Johari berkata, kita perlu terima keputusan ini dan bergerak ke hadapan (move on). Asyraf juga berkata, Ketua-Ketua UMNO Bahagian berpuas hati dengan penjelasan yang diberi.

Ketua-Ketua Bahagian, kata Asyraf, sebulat suara bersetuju dengan keputusan MKT UMNO untuk meneruskan usaha mendapatkan pengampunan penuh untuk Najib Razak.

Aaaaaiiiiiiiiikkkkk agak menghairankan membaca penjelasan dan naratif yang dimainkan oleh Asraf dan Johari Ghani.

Ini adalah kerana dulu ketika kes Najib Razak didengar di Mahkamah Tinggi, pemimpin-pemimpin UMNO ini juga yang menyatakan bahawa Najib tidak mendapat keadilan sebenar ketika dibicarakan. Kononnya Hakim Nazlan mempunyai conflict of interest.AZALINA

Azalina Othman kini seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjaga Hal Ehwal Undang-Undang.

Dulu sebelum menjadi Menteri, Azalina di WTC Kuala Lumpur berapi-api berucap mengenai pembebasan untuk Najib Razak.

Azalina kutuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri. Dewan Merdeka booooooo Ismail Sabri.

Azalina kata, kalau kita berkuasa (dia dan Zahid Hamidilah), kita tukar Peguam Negara. Kita tukar Hakim-Hakim.

Ambooooiiii! Sedap ucapan Azalina, disambut dengan tepukan gemuruh daripada para Perwakilan UMNO yang hadir di Dewan Merdeka, World Trade Centre.

Kini Asyraf dan Johari Ghani memainkan naratif meminta Ahli-Ahli UMNO menerima keputusan Lembaga Pengampunan kerana ini adalah kuasa YDP Agong.

Sama dengan penubuhan Kerajaan campuran ini kerana titah daripada YDP Agong. Dengan sendirinya menghalalkan kerjasama politik dengan parti DAP.

vaksin
Dr. Zaliha Mustafa – GAMBAR TWITTER DR.ZALIHA

Menurut satu sumber yang masih tidak dapat dipastikan ialah terdapat berita mengatakan bahawa Dr. Menteri Di JPM (Hal Ehwal Wilayah) dikatakan membuat bantahan ketika Lembaga Pengampunan bermesyuarat.

YDP Agong dikatakan bersetuju dengan bantahan Dr. Zaliha agar Pengampunan Penuh tidak diberi kepada Najib Razak sebaliknya diberikan pengurangan.

Perkara-perkara seumpama ini sebenarnya yang perlu dibincangkan di perjumpaan antara Presiden UMNO dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian semalam.

Bukannya di sogok dengan Naratif kononnya Ahli-Ahli UMNO dan Rakyat di Akar Umbi perlu menerima dan akur dengan keputusan Lembaga Pengampunan.

Apa pun, sebahagian besar Orang-Orang Melayu tidak puas hati dengan isu ini, Dr. Zaliha perlu tampil kehadapan menjelaskan perkara sebenar.

Ataupun paling tidak, mohon sembah kepada Al- Sultan Pahang agar mendedahkan perkara sebenar yang berlaku di dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan. Rakyat mahu tahu, siapa sebenarnya yang bercakap benar.

Najib Razak seharusnya diberikan Pengampunan Penuh bagi mengenangkan jasa-jasa beliau kepada Negara bukannya Discount 50% peratus. – SM

BACA Rakyat tonton ‘wayang tinggi’ isu pengampunan Najib Razak

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button