Politik

UMNO tak pernah beri kata dua, kata Anwar berkait pengampunan Najib

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan UMNO tidak pernah memberi kata dua kepadanya berkait isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

najib

Anwar juga menegaskan, tidak timbul isu permohonan bekas Presiden UMNO itu didengar lebih awal seperti didakwa pelbagai pihak, sambil menafikan pengampunan hanya boleh dibuat selepas tiga tahun penjara.

“Tiada ugutan…Zahid (Hamidi) presiden UMNO ada di sini (pada perjumpaan ini). Dia tak pernah bagi kata dua pada saya tapi ada hak dia atau partinya memohon PM dan Lembaga Pengampunan memberi pertimbangan dengan alasan-alasan mereka…

“Saya tidak mahu nafi, sama ada saya suka atau tidak suka rakan politik atau musuh politik…prinsip keadilan ini dan prosesnya harus kita hormati,” katanya.

DATUK Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – GAMBAR BERNAMA

Beliau berkata demikian pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

Anwar berkata, beliau hadir dalam mesyuarat pertama Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 1 hingga 9 Disember lalu memandangkan ketika itu bertanggungjawab isu berkait Wilayah Persekutuan.

Sabtu lalu, UMNO selepas mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi berpendirian menghormati keputusan Lembaga Pengampunan memendekkan hukuman penjara Najib daripada 12 kepada enam tahun, dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

UMNO juga akan meneruskan usaha mendapat pembelaan terhadap Najib sesuai dengan laras undang-undang.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada Ogos 2022 di Penjara Kajang sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International.

Susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Jumaat lalu, bekas perdana menteri itu dijangka dibebaskan dari penjara pada 2028 atau setahun kemudian jika gagal membayar denda.

Anwar berkata, sebagai perdana menteri menjadi tanggungjawabnya memastikan setiap permohonan rayuan didengar Lembaga Rayuan.

“Ada yang kata mesti tiga tahun (lepas kena hukuman untuk mohon pengampunan) itu tak betul. Sesiapa sahaja, kalau ikut proses untuk kali pertama boleh kemukakan rayuan.

“Dalam kes ini bila rayuan diumumkan, perdana menteri pastikan rayuan didengar. Saya akui tanggungjawab itu. Sebaik saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan,” katanya. – SUMBER FMT – SM

BACA Pengampunan Najib bakal diputuskan

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button