Politik

Pengampunan Najib bakal diputuskan

Keputusan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal diputuskan tidak lama lagi.

Perkara itu dilaporkan dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau juga meminta agar semua pihak menunggu pengumuman keputusan itu daripada Lembaga Pengampunan.

“Dah ada kepastian (permohonan pengampunan Najib), tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan,” kata beliau ketika ditanya media mengenai permohonan pengampunan oleh Najib selepas makan tengah hari di Medan.

Selera Pertama Complex, di sini hari ini. Najib, 70, yang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC

International Sdn Bh memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan Yang di- Pertuan Agong pada 2 Sept 2022.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman peniara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.

Artikle Berkaitan :>

Petisyen pulangkan Najib sedang digerakkan – Akmal Saleh

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button