Auto TravelBerita Auto

854 unit Proton S70 selesai serah kepada pelanggan sehingga Januari

SEHINGGA Januari, Proton telah menghantar 854 unit sedan S70 kepada pelanggan sejak pelancaran tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata syarikat menerima tempahan sebanyak 2,934 unit bagi bulan Januari.

“Sebanyak 8,000 unit tempahan S70 diterima sejak November lalu dan warna Marine Blue paling laris.

“Bermula Januari Proton beransur-ansur tingkatkan penghantaran S70 kepada pelanggan dan jangan bimbang pembeli awal bakal menerima kereta sebelum raya,” katanya menambah kapasiti pengeluaran sedan itu adalah 2,500 unit sebulan dan tempoh menunggu sekitar dua bulan.

Di samping itu, kelewatan penghantaran sedan segmen-C adalah bagi memastikan kualiti kenderaan yang diterima pembeli berada dalam keadaan terbaik.

“Ini dilakukan supaya tidak berdepan masalah sama seperti mana model sebelum ini,” jelasnya.

Sekiranya pihak pemeriksaan pra-penghantaran (PDI) menemui defek pada kenderaan, Proton perlu menunda penghantaran S70 kepada pelanggan.

Proton S70 dilancarkan secara rasmi hujung November tahun lalu. Sedan segmen-C tersebut didatangkan dengan empat pilihan varian pada harga mula RM73,800.

Bulan lalu, Proton menyatakan tempahan Proton S70 mencecah 900 unit seminggu sekaligus merekodkan jumlah tempahan melebihi 3,000 unit.

Penghantaran sedan tersebut bermula bulan ini yang mana tahun lalu sebanyak 109 unit didaftarkan. – SM

Artikel berkaitan > Proton tampilkan model SUV baharu, X90 dengan 7 tempat duduk

(Visited 606 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button