Ekonomi

Datuk Mohd Irwan dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak sebagai Pengerusi Bank Rakyat berkuat kuasa pada 2 Februari 2024.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut adalah berdasarkan ciri kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang menggalas tugas sebagai Pemangku Pengerusi sejak 1 November 2022 lalu.

“KUSKOP berkeyakinan penuh dengan kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau untuk menggalas amanah serta mendukung misi dan visi Bank Rakyat dalam meneruskan sokongan terhadap ekosistem koperasi dan keusahawanan yang progresif selari dengan hasrat Malaysia Madani,” ujar Datuk Ewon.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, Jawatankuasa Pengurusan dan seluruh warga kerja Bank Rakyat mengalu-alukan pelantikan Datuk Mohd Irwan sebagai Pengerusi baharu Bank berkenaan.

“Menerusi pengalaman luasnya, beliau dapat memimpin pelaksanaan Pelan Perniagaan 2024 dan Pelan Strategik jangka panjang yang meletakkan Bank Rakyat pada landasan yang tepat untuk mencapai prestasi yang mampan di samping menyampaikan pengalaman terbaik pelanggan,” tambah Dato’ Dr. Mohammad Hanis.

Datuk Mohd Irwan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 21 tahun dalam bidang litigasi, undang-undang korporat dan syarikat serta pengurusan pematuhan telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada 24 Julai 2020 dan beliau juga menganggotai pelbagai jawatankuasa peringkat Lembaga Pengarah Bank Rakyat. – SM

Artikel berkaitan > Datuk Haji Abdul Rani tamat perkhidmatan sebagai Pengerusi Bank Rakyat

(Visited 399 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button