Ekonomi

Datuk Haji Abdul Rani tamat perkhidmatan sebagai Pengerusi Bank Rakyat

PENGERUSI Bank Rakyat, Datuk Haji Abdul Rani Lebai Jaafar akan menamatkan perkhidmatannya dengan Bank berkenaan pada 31 Disember 2022.

Sehubungan dengan itu, beliau mula bercuti pada 1 November 2022 sehinggalah tamat tempoh perkhidmatan tersebut. Beliau mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat sejak 1 Januari 2018. Pada 28 Julai 2020, beliau memangku jawatan Pengerusi Bank Rakyat dan kemudiannya menyandang jawatan tersebut pada 1 Januari 2021.

Beliau dalam satu kenyataan merakamkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), pengurusan KUSKOP, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat, pihak berkepentingan serta seluruh anggota dan pelanggan yang telah memberi sokongan semasa beliau menerajui Bank ini, terutamanya ketika berhadapan dengan kemelut pandemik COVID-19.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Haji Abdul Rani atas sumbangan, khidmat bakti dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Bagi memastikan hala tuju dan tadbir urus Bank berjalan lancar, Bank Rakyat turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak sebagai Pemangku Pengerusi berkuat kuasa 1 November 2022. Datuk Mohd Irwan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 24 Julai 2020 dan beliau juga menganggotai pelbagai Jawatankuasa peringkat Lembaga Pengarah Bank Rakyat. – SM

Artikel berkaitan > Abd. Rani dilantik Pengerusi Bank Rakyat baharu (2020)

(Visited 786 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button