Politik

Petisyen pulangkan Najib sedang digerakkan – Akmal Saleh

Dalam Facebook, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkongsi satu status mengenai petisyen ‘Pulangkan Najib’, yang merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kata Muhamad Akmal, mereka memohon dan merayu kepada Yang Di-pertuan Agong (YDPA) untuk mendapatkan pengampunan buat Najib atas ketidakadilan yang diterima oleh beliau sepanjang kes beliau dibicarakan.

“Atas sebab inilah, Dato Seri Najib perlu dipulangkan kepada keluarga dan kehidupan beliau seperti apa yang kita sedang nikmati sekarang.

“Petisyen ini digerakkan atas tujuan mengumpul dan membuktikan sokongan dan solidariti bagi mendapatkan pengampunan Yang Di-Pertuan Agong buat mantan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Sri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak,” katanya.

Kata Akmal, ia bukan hanya soal politik sebaliknya ia adalah soal keadilan kepada insan yang bernama Najib Razak yang terlalu banyak berjasa pada negara kita Malaysia.

“Nyatakan sokongan anda dengan menekan pautan dan mengisi petisyen seperti di bawah :
https://forms.gle/toP4iLWNB6cDrJDd8

Tulis Akmal dalam Facebook.

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button