Politik

PKR, DAP, Amanah pilih Mahathir atau Anwar jadi PM?

SIAPA yang PKR, DAP dan Amanah pilih sebagai perdana menteri? Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Sehingga pukul 3.00 petang tadi beberapa media melaporkan rakan sekutu tersebut memilih Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8.

Sin Chew Daily melaporkan, Ahli Parlimen DAP akan mengundi Anwar sebagai perdana menteri baru.

Seorang ahli Parlimen DAP dilaporkan berkata, parti itu memberi taklimat mengenai perkembangan politik terkini kepada semua ahli Parlimennya di ibu pejabat parti pada tengah hari tadi.

Akhbar itu melaporkan mesyuarat berkenaan berakhir 1.10 tengah hari tadi dan semua ahli Parlimennya menaiki bas ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Malaysiakini  pula melaporkan, sumber DAP memberitahu portal itu bahawa DAP “menyokong penubuhan sebuah kerajaan PH”.

Menurut portal itu, seorang pemimpin kanan PKR yang enggan namanya didedahkan berkata, parti itu menyokong penuh Anwar.

Manakala Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad dalam Twitternya pagi tadi meminta Bersatu agar menunaikan janji penyerahan jawatan Perdana Menteri kelapan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid menegaskan Anwar perlu diberikan peluang untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Jumlah kerusi Parlimen yang dipegang PKR, DAP dan Amanah adalah 92, kurang 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah.-SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button