fbpx
HiburanUncategorized

Arwah cakap lakonan saya ada ‘rasa’ – Remy Ishak

Pemergian pelakon veteran, Allahyarham Idris Mat Diah benar-benar mengejutkan rakan-rakan pelakon yang lain.

Mungkin namanya tidaklah begitu kuat dikalangan orang ramai, tetapi bagi golongan pelakon, Allahyarham disifatkan sebagai individu yang cukup berpengalaman.

Antara yang berkongsi kisah bersama Allahyarham ialah Remy Ishak sewaktu dia mula-mula menjadi seorang pelakon

“Bukan senang nak cari pelakon yang ada ‘rasa’, abang percaya dengan kau. Tak percaya? Kau tengoklah nanti”.

Menurut Remy, itulah kata-kata pertama Allahyarham yang cukup yakin dengan kemampuan lakonan Remy walaupun dia ketika itu dia baru berada dalam bidang seni.


“Masa itu saya tengah berlakon telemovie untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan abang Dris dan Uncle Abu Bakar Omar.

“Zaman awal sebelum saya jadi ‘Remy Ishak’. Tiada ada orang yang kenal dan tidak ada sesiapa yang percaya dengan saya ketika itu,” katanya.

Keyakinan Allahyarham terhadapnya menurut Remy adalah sesuatu yang masih diingatinya sehingga kini. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button