Hiburan

Aliff Syukri Mahu Saman Damian Mikhail, Datuk Awie Atau Bonda Rozita?

Usahawan kosmetik yang penuh dengan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman telah menghubungi peguam untuk saman seseorang sehingga RM1 juta.

Hal ini disebabkan seseorang itu telah mengkritik secara melampau Aliff Syukri sehinggakan dia menganggap perkara itu sebagai fitnah yang memalukan dirinya.

Namun demikian, siapakah seseorang yang Aliff Syukri mahu saman itu? Adakah ibunya sendiri, Bonda Rozita kerana Bonda Rozita pernah memaki secara terbuka juga.

Mungkin ramai yang masih ingat bahawa Bonda Rozita siap menggelarkan lagu Kelepok Raya itu sebagai sebagai tahi anjing meski pun Aliff menegaskan ia satu seni.

Datuk Awie pula merasakan tindakan Aliff sebagai satu perkara yang tidak bermoral dan mengharapkan Aliff untuk berhenti menyanyi.

Tambahan pula kata Datuk Awie, lebih baik harta benda termasuk duit yang Aliff tak pernah habis itu dilaburkan kepada individu yang berbakat untuk menyanyi.

Selain itu, Damian Mikhail berpendapat video muzik Kelepok Raya itu bukan bertujuan untuk mencari wang atau populariti semata-mata sebaliknya memang niat Aliff untuk memondan.

Boleh dikatakan semua pihak tidak bersetuju dengan lagu Kelepok Raya hatta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pun memanggil untuk tujuan siasatan.

Baca Juga > Dato Seri Vida Libatkan LGBTQ Menyambut Syawal, Muah Muah Raya Bukti Malaysia Liberal?

Tidak mengapalah.. Aliff Syukri sudah pun meminta maaf untuk tahun ini. Sekiranya pada tahun depan Aliff Syukri masih membuat video muzik dengan konsep serupa, permohonan maaf masih terbuka.

Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia memang bersikap terbuka dan pemaaf selain sedia menerima norma budaya yang bercanggah daripada elemen watan.

Namun demikian berbalik kepada royanan Aliff di InstaStory baru-baru ini tentang perkembangan semasa mahu menyaman seseorang, siapa yang kena agaknya ya?

(Visited 17,284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button