Rencah Hidup

Eskayvie bersama Pak Nil beri duit raya kepada 500 penunggang motosikal khidmat penghantaran

SEJAK zaman pandemik Covid-19 hingga beralih ke fasa endemik 1 April lalu, golongan penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan atau ‘e-hailing’ mahupun ‘rider’ ini antara wira dan pekerja barisan hadapan yang cukup disanjungi.

Justeru, menyemarakkan berlabuhnya Ramadan merai Syawal kunjung tiba, hari ini (29 April), ibu pejabat (HQ) Eskayvie Sdn Bhd terletak di Seksyen 13, Shah Alam meriah diserbu lebih 500 orang ‘riders’ bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Program diberi nama Bingkisan Raya Rider ini satu inisiatif murni syarikat 100 peratus bumiputera ini sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan yang melakukan tugas penghantaran sebagai penghantar makanan ataupun bungkusan.

Aznil bergambar dengan salah seorang ‘rider’

Duta jenama itu, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil sendiri terharu dengan inisiatif dizahirkan Eskayvie yang menghargai dan menyantuni golongan terbabit.

“Melihat kesungguhan dan kegigihan riders dalam usaha menyara keluarga disamping pentingnya penjagaan kesihatan sewaktu berinteraksi dengan orang ramai, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.

“Ini antara sumbangan kecil kami di Eskayvie. Ia termasuklah menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya, juadah raya istimewa serta Eskayvie Diffenz.

“Besar harapan kami supaya setiap ‘riders’ dapat bawa pulang dan kongsikan bersama ahli keluarga atau ibu bapa masing-masing,” kata Aznil.

Tambah Aznil, golongan ‘riders’ ini sebenarnya menjadi sebahagian daripada pasukan “frontliner” yang telah banyak membantu memudahkan urusan kita selama ini.

Sekumpulan ‘riders’ yang teruja menunggu giliran mendapat sumbangan Pak Nil dan Eskayvie

“Bahkan mereka juga antara yang mengambil risiko mempertaruh nyawa demi kelangsungan hidup. Mereka sendiri mudah terdedah kepada pelbagai virus di luar sana.

“Jadi, bekalan Eskayvie Diffenz ini adalah sebagai Ikhtiar kita untuk melindungi diri dan keluarga terutamanya ketika berkumpul beramai-ramai pada hari raya nanti,” katanya.

Dapatkan Eskayvie Diffensz anda > Klik sini

Tambahnya lagi, inisiatif dilaksanakan selari dengan kempen #KitaIkhtiarSebelumKena yang menekankan kepentingan untuk berikhtiar sebelum dijangkiti sebarang wabak mahupun penyakit merbahaya yang lain.

“Eskayvie sangat prihatin dengan penjagaan kesihatan untuk diri dan keluarga, lebih-lebih lagi buat masa ni semua sekatan pergerakan telah dilonggarkan dan masyarakat kini kembali bergaul tanpa sebarang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Namun, kita belum sepenuhnya selamat. Apa saja kemungkinan boleh terjadi. Jadi tatkala balik kampung, kita perlu patuhi SOP dan berikan perlindungan kepada ibu bapa kita.

“Sudah dua tahun kita tak balik meraikan hari raya bersama keluarga, jadi tahun ini bila pulang ke kampung, kita nak riders semua bawa Eskayvie Diffenz dan hadiahkan kepada ibu bapa dan insan tersayang mereka,” katanya.

Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed

Sementara itu, Pengarah Urusan jenama itu, Kartika Wati Mohamed berkata, beliau tidak mahu ada di antara kita yang dalam diam membawa virus dan menjangkiti ahli keluarga yang lain.

“Terutama sekali ibu bapa kita yang sudah tua. Semestinya kita mahu jadikan raya kali ini lebih bermakna dan bukanlah bertukar menjadi sebuah tragedi.

“Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat serta inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk turut sama berkongsi kebaikan dan terus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan,” kata Kartika Wati yang turut sama mengagihkan sumbangan bersama Aznil. Untuk sebarang maklumat lanjut layari www.eskayvie.com  atau https://linktr.ee/EskayvieMalaysiaOfficial – SM

Baca artikel ini juga > Eskayvie lancar Kempen Kita Ikhtiar, tingkat sistem imun badan

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button