Ekonomi

Usanita memperkasa usahawan wanita, Perintis Usanita melancarkan produk

SEIRING dengan inisiatif pendigitalan yang dibawa oleh Usanita Sdn Bhd dengan melahirkan Usanita Mall untuk membantu dan mengangkat potensi produk usahawan kecil untuk tampak lebih berkeyakinan di platform digital. Usanita bukan sahaja memberi peluang untuk para usahawan IKS ini untuk berniaga di platfom ini sahaja, malah turut memberi sokongan penuh pada usahawan IKS yang ingin melancarkan produk mereka pada majlis dibawah Usanita.

Majlis yang sudah dijalankan kali kedua ini, mengumpulkan seramai 70 usahawan dibawah payung Usanita yang digelar sebagai Perintis Usanita ini menghadiri di Majlis Hi-Tea Perintis Usanita 2.0 : Meet & Mingle yang berlangsung di Skydining Wangsa 118 di Wangsa Maju. Turut meghadiri majlis ini adalah Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari, Haiza & Muaz sebagai wakil penyampai KOOL 101, Dr. Soo Wincci dan Zoey Rahman sebagai pengacara majlis.

Pada majlis ini salah seorang Perintis Usanita Pn Fara merupakan pengasas pada jenama Grendeur Malaysia yang menghasilkan produk penjagaan kulit wajah telah melancarkan siri produk terbaharunya yang bertemakan miniture bagi meraih minat pencinta produk penjagaan kulit. Datin Seri Adzliana, Ketua Pegawai Eksekutif dengan berbesar hati telah melancarkan produk keluaran tempatan ini pada majlis yang cukup eksklusif ini.

Bercakap mengenai majlis pelancaran ini Pn. Fara Rauf berkata “Sebagai sebuah syarikat baharu yang berkecimpung dalam dunia perniagaan penjagaan kulit ini, dia sangat bersyukur dipertemukan dengan Usanita Sdn Bhd yang tanpa kata tidak terus menyahut untuk menjalinkan kerjasama bagi menjalankan majlis pelancaran hari ini. Grandeur Malaysia sentiasa beriltizam untuk meluaskan pemasaran produk secara digital dan menembusi rangkaian farmasi dan runcit di seluruh Malaysia”.

Produk terbaharu keluaran Grandeur Malaysia yang bertemakan miniture dengan warna merah jambu lembut mempunyai 5 produk terdiri daripada 3 In 1 Foaming Cleanser Deep & Anti Acne, Premium Arbutin Toner Brightening Formula, Booster Serum Advanced Repair, Premium Moisturiser Enlightenment And Restoration Dan Glowing Sunscreen Ultra Light

Rangkaian produk Grandeur kini boleh didapati di aplikasi Tiktok dan Shopee Grandeur Malaysia. Harga bagi setiap produk adalah RM35 setiap satu. Untuk set 5 produk tersebut, kini Grandeur menjalankan promosi harga pengenalan pada RM150 berbanding RM175 dan percuma bag esklusif Grandeur di sepanjang bulan Ogos 2023.

“Usanita sentiasa memberikan peluang dan sokongan yang penuh pada Perintis Usanita yang ingin maju ke hadapan, saya rasa gembira apabila melihat usahawan wanita khusunya ada daya saingan dan kretiviti yang baik untuk sentiasa maju dalam perniagaan dan memberi inspirasi pada semua usahawan kecil luar sana. Saya percaya semua usahawan mempunyai peluang untuk berjaya jika terus berusaha,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan.

Menurut beliau Usanita bukan sahaja memberi ruang pada usahawan untuk menghadiri majlis sesi rangkaian yang dianjurkan oleh Usanita. Malah pada bulan September nanti Usanita akan mengadakan program seminar diberi nama Bootcamp Perintis Usanita 3.0 : The Art of Marketing. Program seminar yang akan dijalankan sepanjang 3 hari ini daripada 8 haribulan hingga 10 haribulan ini akan menampilkan barisan rakan strategik Usanita yang juga merupakan usahawan selebriti iaitu Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari, Zoey Rahman dan beberapa lagi pemain industri yang pakar dalam bidang pemasaran.

Kata Datin Seri Adzliana juga tujuan beliau untuk mengadakan program seminar ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyedia latihan keusahawanan yang ada diluar sana. Tapi hanya ingin menyediakan platfom untuk Perintis Usanita agar mereka sentiasa meningkatkan ilmu pengatahuan mereka dalam perniagaan. Malahan beliau tidak pernah sama sekali menghalang Perintis Usanita untuk menimba ilmu walau dengan mana-mana guru, kerana beliau percaya bahawa lubuk ilmu itu luas dan tiada sempadan untuk tingkatkan pengatahuan dalam perniagaan. – SM 

Artikel berkaitan > USANITA bantu usahawan wanita luar bandar

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button