Rencah Hidup

Persatuan Bintong Selatan hasilkan Asyura Merdeka Sedekah 1 Kampung

KALAU ditanya makanan apa yang paling “trending” sekarang, pastinya adalah bubur asyura. Punca menjadi “trending” kerana bubur asyura yang enak serta ditunggu-tunggu ini hanya akan muncul setahun sekali.

Sekarang ini musim bubur asyura sedang berlangsung di mana-mana saja dengan meriahnya sama ada di kampung atau di bandar-bandar besar.

Persatuan Bintong Selatan hasilkan Bubur Ausyura Merdeka Sedekah 1 Kampung.

Masing-masing sibuk berpakat untuk membuat bubur asyura sama ada dalam kumpulan kecil atau lebih besar.

Persatuan Bintong Selatan yang dipengerusikan oleh Rosmuna Ibrahim juga tidak mahu ketinggalan bergotong-royong untuk membuat asyura.

Cik Muna juga menyediakan masakan tengahari ala kampung untuk ahli yang bergotong-royong membuat bubur asyura.

“Disebabkan tinggal beberapa hari lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 maka hari ini terhasillah Bubur Ausyura Merdeka Sedekah 1 Kampung,” ujar Rosmuna yang lebih mesra dengan panggilan Cik Muna.

Katanya, perbelanjaan untuk membuat bubur asyura ini juga daripada sedekah ahli sendiri.

“Hari ini kita cuma membuat seperiuk bubur asyura yang menggunakan empat kilo tepung,” kata Cik Muna ketika ditemui menjalankan gotong-royong membuat bubur tersebut di pekarangan rumahnya di Kampung Jarak, Bintong.

Katanya, selain bahan asas bubur asyura merdeka ini diletakkan kacang merah, jagung dan ubi keledek.

Beliau berkata, mereka hanya mengambil masa hampir dua jam untuk menyiapkan bubur asyura.

Katanya, sebanyak 124 bekas diperoleh yang diagihkan kepada penduduk kampung di Bintong Selatan.

Sempena majlis gotong royong itu, Cik Muna juga menyediakan sendiri masakan kampung Perlis untuk mereka yang hadir di majlis gotong-royong.

Antaranya masak asam pedas ikan kembung dan kundur, sayur masak lemak geti (turi), masak sayur manis kundur dan bayam dan pekasam goreng. – SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button