Rencah Hidup

Sultan Johor kurnia cincin kepada kakitangan Istana Johor

BUKAN sahaja kreatif dan asli tetapi kelihatan eksklusif.

Siapa sangka cengkerang siput yang begitu istimewa kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ini boleh dijadikan batu cincin.

Malah cengkerang siput tersebut juga boleh dijadikan batu perhiasan seperti untuk kancing baju Melayu, ‘cufflink’ dan pin tali leher.

Almarhumah bonda Sultan Johor Almarhumah Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah pernah mengurniakan Sultan Ibrahim ketika muda sebentuk cincin berbatukan cengkerang spesis siput yang begitu unit dan menawan ini.

Hari ini Sultan Ibrahim mengumumkan untuk mengurniakan cincin berhiaskan batu istimewa itu kepada semua kakitangan Istana Johor.

Menurut Royal Press Office, Baginda mendapat ilham untuk mengurniakan cincin itu selepas Sultan Ibrahim menjadikan pembuat batu cincin itu sebagai hobi baharu baginda.

“Almarhumah bonda saya pernah kurniakan satu cincin sebegini ketika saya muda dan kini saya turunkan ia kepada (DYAM) Tunku Mahkota.

“Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput yang sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatkannya sendiri.

“Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk kakitangan saya,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Istimewanya, batu-batu yang dikurniakan kepada setiap kakitangan telah dipilih dan digilap sendiri oleh Sultan Ibrahim.

Batu-batu itu kemudiannya akan dibentuk menjadi cincin oleh tukang emas peribadi Baginda sendiri.

Malah Sultan Ibrahim turut bercadang untuk menggunakan batu-batu berkenaan sebagai perhiasan kancing Baju Melayu, ‘cufflink’ dan pin tali leher Baginda.-SM

(Visited 1,314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button