Nasional

Kerajaan cadang bangunkan pengkalan data Menu Rahmah

TERDAPAT 901 peniaga Bazar Ramadan Rahmah (BRR) telah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi melaksanakan inisiatif Menu Rahmah setakat ini, kata Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata, susulan sambutan mengalakkan itu kementerian bercadang untuk membangunkan pangkalan data yang lebih komprehensif bagi memperluaskan Menu Rahmah untuk dipasarkan di pasar malam dan pasar harian.

“Dalam tempoh yang singkat iaitu tiga bulan sahaja sejak inisiatif Payung Rahmah diperkenalkan, terdapat 901 gerai yang menjual Menu Rahmah di bazar Ramadan pada tahun ini.

“Kita menjangkakan dengan adanya sistem pendaftaran yang lebih efisien dan promosi yang akan kita laksanakan, angka ini mungkin akan meningkat sekali ganda lagi, tahun depan.

“Itu yang menjadi sasaran KPDN dan kita akan pastikan peniaga ini dapat meneruskan aktiviti mereka. Jika tidak di bazar Ramadan, mereka boleh berniaga di pasar malam atau pun pasar harian,” katanya.

Beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Negeri Sembilan di Bazar Ramadan Bandar Prima Senawang, di sini, semalam.

BRR adalah inisiatif terbaharu kerajaan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat, dengan menyediakan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga rendah dan berpatutan. – SM

Artikel berkaitan > Kenduri Menu Rahmah diadakan di Parlimen

 

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button