Hiburan

Dato Seri Vida Libatkan LGBTQ Menyambut Syawal, Muah Muah Raya Bukti Malaysia Liberal?

Bagaimana menghayati nikmat menunaikan puasa dalam bulan Ramadan? Bagi Dato Seri Vida, mungkin dengan menzahirkan muzik video Muah Muah Raya sebagai hadiah bulan Syawal.

Muzik video Muah Muah Raya baru dimuat naik di YouTube bermula 29 April 2022 dan niat Dato Seri Vida hanyalah untuk meraikan keseronokan secara meriah.

Sedangkan maksud Aidilfitri itu adalah kembali kepada fitrah setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan, sepatutnya nilai Islam yang baik harus dipromosikan besar-besaran.

Namun demikian senarionya berbeza kerana orang-orang yang Allah SWT kurniakan rezeki lebih dan duit yang banyak menghasilkan karya-karya yang mencemarkan kesucian Ramadan dan Syawal.

Selain Aidilfitri memberi erti kemenangan buat umat Islam yang berjaya menahan diri daripada lapar, dahaga serta nafsu, Aidilfitri menjulang mesej syukur kepada Allah SWT.

Masyarakat awam melihat cara Dato Seri Vida meraikan kesyukuran sebagai seorang Melayu dan Islam di Tanah Melayu berdaulat ini dengan cara mempersembahkan elemen LGBTQ.

Sebelum ini dalam muzik video Dato Seri Aliff Syukri yang berjudul Kelepok Raya, yang dizahirkan cuma lelaki menggeletis dengan make up serta aksi menghairahkan kaum sejenis.

Dalam video muzik Muah Muah Raya pula, penari latarnya terang-terang sekumpulan lelaki dengan tangan besar dan memakai make up serta berpakaian wanita.

Ini adalah gambaran jelas mengenai keterampilan salah satu golongan dalam LGBTQ yang dilawan secara global dan sedang disuntik ke dalam pemikiran orang yang lemah jati dirinya.

Tindakan Dato Seri Vida yang memuat naik video muzik itu di YouTube itu seolah-olah tidak peduli dengan tindakan Jakim dan SKMM yang memanggil Aliff Syukri untuk disiasat.

Apakah selepas ini Dato Seri Vida mahu saman juga individu yang mengecam video musik Muah Muah Raya sama seperti ugutan Aliff Syukri kepada Damian Mikhail?

@suaramerdekamy

Rakyat Malaysia tak jumpa segmen report dekat YouTube!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

(Visited 3,311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button