Agama

Sifat redha, takwa perlu ada dalam diri – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa seseorang yang hebat itu selalunya mempunyai cara, bagaimana untuk mengatasi kesukaran dalam hidupnya. Perlu juga ada sifat redha dan yakin kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kuat dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada asnaf Midah Hasin, 76 tahun yang merupakan penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ dan tinggal seorang diri di Beseri, Perlis baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hj Nohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda turut menambah bahawa sseseorang individu itu juga perlu memiliki kualiti diri yang tinggi dan prinsip hidup yang positif, baik dalam kerjaya, pendidikan mahupun dalam mengurus rumah tangga. Perkara ini akan menyerlahkan personaliti seseorang itu sebagai yang kuat serta mempunyai nilai diri yang disegani.

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button