Nasional

Alih aliran air untuk elak bekalan terputus

KERAJAAN Selangor melalui syarikat pengurusan bekalan airnya, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menggunakan kaedah mengalihkan saliran air bersih.

Ia dikatakan untuk memastikan Loji Rawatan Air (LRA) menerima bekalan daripada sumber air mentah untuk dibekalkan kepada pengguna.

Dengan menggunakan kaedah tersebut, sekiranya berlaku pencemaran di sungai yang membekal sumber air mentah, bahagian yang tercemar akan dialihkan.

Ia bagi mengelakkan air tercemar memasuki muka sauk LRA dan menyebabkannya perlu menghentikan operasi bagi menghindari pengagihan air tercemar.

“Sebab itu saya rasa, pengiktirafan mereka diberikan kepada keupayaan kita menguruskan bekalan.


“Yang terjadi pada ketika ini adalah, bekalan air mentah itu tercemar.

“Kita sedang lakukan dua langkah yang akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan daripada sekarang iaitu mengalih aliran air jika tercemar.

“Kedua, merawat dengan teknologi nano, namun diluar bidang kuasa Air Selangor.

“Harapnya, ia dapat mengatasi isu ini dan juga mampu menangani dengan sebaiknya.

“Dengan jaminan RM200 juta, setakat sekarang, kita juga sebenarnya selain sedang tawarkan atau menender projek, kita juga menilai balik cadangan dikemukakan termasuk memanggil pakar bebas.

“Kita hendak tengok sama ada cadangan itu betul-betul berkesan ataupun tidak. Setakat ini, selepas beberapa perbincangan dan pertemuan, kita rasa itu yang paling berkesan dapat kita atasi.

“Maknanya, pencemaran kita dapat kesan, kita dapat alihkan air daripada muka sauk, kita tetapi ada pam yang boleh menarik air daripada ORS ke LRA.”

Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika merasmikan Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (Ride) di Dataran SUK, Shah Alam.

Selangor sebelum ini hangat dengan isu gangguan bekalan air yang berlaku hampir berlaku setiap bulan berpunca daripada pencemaran sumber bekalan air mentah.

Justeru, Amirudin juga kesal dengan laporan masalah air terlalu tertumpu di negerinya berbanding kawasan lain.

Menurutnya, negeri lain juga mempunyai masalah gangguan bekalan air tetapi tidak dikritik pihak lain.

“Jadi, kalau kita lihat di beberapa buah negeri lain seperti Johor, saya dapat maklum daripada saudara-mara di sana.

“Kadang-kadang dua minggu bekalan air terputus ataupun bekalan air turun naik dalam tempoh dua minggu.

“Di Pahang, beberapa hari lepas, beberapa LRA ditutup disebabkan oleh pencemaran di Mempaga dan kawasan di Raub.

“Tetapi, tidak menjadi berita panas, mungkin sebab kepadatan penduduk yang kurang di negeri-negeri tersebut dan juga tidak menjadi tumpuan berita.

“Tetapi yang berlaku di Selangor, walaupun kita atasi dalam tempoh yang pendek dan mungkin arahan dalam tempoh singkat, ia menjadi perhatian dan tohmahan beberapa pihak,” ujarnya. – SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button