fbpx
Luar Negara

Al Jazeera bantah wartawannya ditahan

PORTAL berita dari Doha, Qatar iaitu Al Jazeera membantah penahanan wartawan dan kakitangannya berhubung kes laporan 101 East Investigative Reporting.

Penahanan kakitangan agensi berita itu disifatkan sebagai tidak patut dan bertentangan dengan kebebasan media.

Malah mereka mendakwa kewartawanan yang dilaporkan mereka berkaitan status warga asing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini bukan suatu jenayah.

“Al Jazeera mengambil serius penahanan kakitangan bagi disoal siasat oleh pihak polis.

“Menuduh wartawan melakukan jenayah ketika sedang menjalankan tanggungjawabnya bukanlah tindakan yang demokratik. Kewartawanan bukannya jenayah.”


BACA > Destini bekalkan komponen pesawat bukan hak milik kepada TUDM — Suara Merdeka

Katanya dalam satu kenyataan akhbar malam tadi berhubung bantahan rakyat Malaysia dan tindakan pihak berkuasa terhadap laporan portal itu bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

Laporan tersebut dianggap negara ini sebagai berat sebelah dan tidak wajar kerana disifatkan bertentangan dengan keselesaan sebenar dinikmati warga asing.

Malah, portal tersebut melaporkan tuduhan yang dibuat oleh warga Bangladesh mengenai penahanan terhadap warga asing ketika pandemik Koronavirus (Covid-19).

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, Al Jazeera turut memandang serius mengenai ancaman yang diterima kakitangannya di Malaysia menerusi media sosial.

Katanya, kakitangannya menerima ancaman bunuh selain dihina oleh pengguna media sosial di negara ini.

“Al Jazeera mengambil perhatian serius terhadap gangguan yang diterima kakitangannya. Wartawan dihina dengan kata-kata kesat dan ancaman bunuh.

“Al Jazeera juga memandang serius terhadap pemberi maklumat yang turut mengalami situasi sama seperti diancam dan sebagainya.

“Maklumat peribadi mengenai kakitangan dan bekas kakitangannya juga turut disebarkan dalam talian.

BACA > Institusi kewangan sedia sokong permohonan pembiayaan lebih RM1 bilion – AirAsia

“Tindakan tersebut melanggar hak privasi dan mendedahkan mereka kepada risiko sekarang dan pada masa hadapan.

“Masyarakat sepatutnya berasa bebas untuk bercakap kepada media dan meluahkan pandangannya tanpa rasa takut,” jelasnya.

Justeru, portal berita itu turut membantah dakwaan laporannya sebagai berat sebelah.

Malah turut menyalahkan pihak kerajaan kerana enggan menerima pertanyaan dan temubual daripada wartawannya.

“Al Jazeera membantah sekeras-kerasnya terhadap kritikan terhadap dokumentari berkenaan sebagai tidak tepat, mengelirukan dan tidak adil.

“Seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam rakaman itu, Al Jazeera mengakui tindakan Malaysia berjaya menghalang penyebaran Covid-19.

“Program tersebut juga jelas menunjukkan tindakan kemanusiaan daripada pihak berkuasa Malaysia yang membantu keperluan warga asing secara terus.

“Episod itu langsung tidak mengandungi pandangan peribadi kakitangan Al Jazeera.

“Permohonan  Al Jazeera untuk menemubual pegawai kanan kerajaan ditolak setiap kali permohonan dibuat.

BACA > COVID-19: Thailand rekod 45 hari tanpa jangkitan tempatan — Suara Merdeka

“Bagaimanapun, A Jazeera masih lagi menerbitkan sebahagian kenyataan Menteri Kanan Pertahanan dalam dua sidang akhbar berasingan,” ujarnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button