Luar Negara

Diejek tak handsome, lelaki tikam leher rakan

GARA-GARA sering diejek kerana tidak handsome, seorang lelaki berusia 27 tahun menyimpan dendam dan membunuh rakan sekerjanya di gudang kilang air mineral di Deliserdang, Sumatera Utara, Indonesia.

Lelaki yang dikenali sebagai Z itu dikatakan mekad untuk membunuh rakannya, Rendy Alias Bagong kerana dia berasa sakit hati apabila sering diejek mengenai wajahnya yang dikatakan hodoh.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sunggal, AKP Budiman Simanjuntak, kejadian berlaku ketika suspek bersama mangsa saling mengejek antara satu sama lain di tempat kerja mereka pada 19 Jun lalu.

Gara-gara selalu dibuli serta tidak dapat menahan sabar lagi, suspek didakwa telah menikam leher kawannya itu dengan menggunakan sebilah pisau sebelum bertindak melarikan diri.

Pihak polis berjaya menangkap suspek yang bersembunyi tidak jauh dari tempat kejadian.

Namun, ketika mencari bahan bukti yang dibuang, suspek cuba untuk melarikan diri sehingga pihak polis terpaksa melepaskan tembakan pada kaki kanannya.

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button