Politik

Calon Ketua Menteri Melaka dari BN tolak cadangan debat

CALON ketua menteri Melaka Barisan Nasional Datuk Seri Sulaiman Md Ali menolak cadangan agar calon-calon ketua menteri dari BN, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Melaka mengadakan debat.

Sulaiman yang juga Ketua Menteri sementara Melaka berkata, cadangan tersebut boleh diadakan selepas pilihan raya selesai dan pada waktu ini dia mahu memberikan tumpuan kepada kerja-kerja kempen.

“Tak payahlah. Kita habiskan pilihan raya ni dululah

“Kita tumpukan dulu kerja yang ada ni,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Cadangan debat itu sebelum ini dilontarkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ia berikutan kesediaan kerajaan membuat pertimbangan memberi ruang kepada calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk daripada pembangkang untuk berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Anwar mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara calon ketua menteri daripada PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disiarkan melalui media rasmi kerajaan itu.

“Saya yakin cadangan ini adalah wahana terbaik dalam melonjak nama Malaysia sebagai contoh negara demokrasi yang sihat dan matang,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook.

Ketika ini hanya BN dan PH telah menamakan calon Ketua Menteri jika memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung pada 20 November ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata kerajaan bersedia menimbang memberi ruang itu kerana memahami kesulitan dialami semua parti politik terutama calon baharu untuk berkempen dalam suasana norma baharu.-SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button