Ekonomi

Destini bekalkan komponen pesawat bukan hak milik kepada TUDM

ANAK syarikat milik penuh Destini Bhd, Destini Prima Sdn Bhd, menerima surat lantikan daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk membekalkan komponen pesawat bukan hak milik kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kontrak itu akan membolehkan Destini Prima, dengan 29 syarikat tempatan lain dikenal pasti oleh Mindef, untuk menyertai bidaan jika TUDM memerlukan komponen pesawat bukan hak milik.

“Kontrak itu mempunyai had gabungan kira-kira RM121 juta dan akan bermula pada 1 Julai, 2020 dan berakhir pada 30 Jun, 2023,” kata Destini dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak itu akan mengukuhkan status Destini Prima sebagai kontraktor utama kepada Mindef, yang telah memberikan perkhidmatan kepada pelbagai cabang TUDM.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan Destini untuk tempoh tiga tahun akan datang, jika Destini Prima diberikan mana-mana bahagian kontrak itu, katanya. — BERNAMA

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button